Nilai, 5 Julai 2022- Menjelang peperiksaan akhir semester Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Islam USIM mengambil inisiatif memberi pengisian rohani buat warga USIM agar tetap menjalankan amanah walaupun dalam suasana peperiksaan. Hal ini kerana, tanpa adanya amanah, tidak akan timbul barakah dalam kehidupan samada dalam belajar atau selepas belajar. Pengisian ini disinari dengan penyampaian ceramah selepas zohor oleh Dr Haji Jahid Sidek al-Khalidi.