Bengkel Perancangan Strategik dan Hala Tuju Pusat Islam USIM 2025-2026 telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi, hari ini.
Bengkel ini bertujuan sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pengurusan serta merancang visi jangka panjang Pusat Islam.
Bengkel ini turut melibatkan sesi perbincangan interaktif, perkongsian idea, dan pembentangan cadangan daripada staf dan pegawai. Hasil daripada bengkel ini akan menjadi panduan dalam perancangan strategik Pusat Islam USIM pada masa akan datang.