Alhamdulillah telah selesai program Bengkel Penggubalan Modul Liqa’ 2.0 pada 10-12 Julai 2020 yang lalu bagi tujuan pemurnian Modul Liqa’ yang lama setelah bengkel yang sama dilaksanakan pada Februari yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa penggubal yang telah dilantik bagi menggubal modul tersebut.
Pelbagai sudut telah dibincangkan bagi penghasilan modul yang bakal menjadi satu pemangkin dan pelengkap kepada keperluan mahasiswa, baik semasa dalam tempoh pembelajaran ataupun selepas bergelar Alumni dengan matlamat agar dapat memberi manfaat kepada diri khususnya dan masyarakat amnya.
Hasrat USIM dalam melahirkan Muslim Profesional berteraskan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli, mudah-mudahan dapat dicapai melalui penambahbaikan modul yang baharu ini. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Pengurusan Pusat Islam
Universiti Sains Islam Malaysia