3-5 Februari 2023, Nilai – Sebelum melangkah jauh di sesi 2023, Pusat Islam USIM mengambil peluang di awal Februari dengan mengadakan bengkel Hala tuju & kewangan Pusat Islam USIM. Bengkel ini dihadiri oleh semua staf Pusat Islam USIM. Bengkel ini memfokuskan perancangan hala tuju aktiviti pengimarahan, imam bilal, serta pengurusan kewangan ke arah yang lebih mantap. Diharapkan bengkel kali ini dapat memberi seribu semangat kepada semua staf dan penggerak Pusat Islam USIM agar sentiasa fokus dengan hala tuju yang telah dirancang.