Nilai, 19 Feb 2022 : Julung-julung kalinya Pusat Islam USIM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Ilmu Pengetahuan (Perpustakaan USIM) telah mengadakan bengkel Dari kalam ke Qalam. Program ini bertujuan untuk memelihara khazanah ilmu yang dituturkan oleh para guru yang mengajar di  bawah anjuran Pusat Islam USIM  agar terus tersimpan dan dimanfaatkan untuk masa akan datang.