Mempelajari Al-Quran dengan tajwid adalah asas penting dalam penghayatan bacaan Al-Quran. Tajwid bukan sahaja memperindah bunyi bacaan, tetapi juga memastikan setiap huruf dilafazkan dengan betul, mengikut kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dengan menguasai tajwid, kita bukan sahaja menghormati susunan ayat-ayat Allah, tetapi juga meraih pahala yang berlipat ganda dalam setiap huruf yang dibaca.

Untuk merealisasikan matlamat ini, Pusat Islam berbesar hati memperkenalkan Akademi Al-Quran, sebuah inisiatif pembelajaran yang menawarkan kelas Iqra’, Al-Quran, dan hafazan. Kelas ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hingga dewasa, memberikan peluang kepada setiap individu untuk mendalami Al-Quran dengan cara yang menyeluruh.

Kelas-kelas akan diadakan secara fizikal di Kompleks Islam Tuanku Muhriz setiap Isnin hingga Rabu dengan yuran bulanan yang berpatutan, iaitu RM50. Peserta boleh memilih waktu pembelajaran yang sesuai dengan mereka, sama ada pada sesi petang dari 2.30 petang hingga 4.30 petang atau sesi malam dari 7.30 malam hingga 9.30 malam. Dengan pendekatan yang fleksibel dan bimbingan yang berpengalaman, Akademi Al-Quran berhasrat untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna, mendalam, dan penuh keberkatan bagi semua yang ingin mempelajari Al-Quran.