Alhamdulillah, Pusat Islam USIM telah berjaya menganjurkan Majlis Korban Perdana USIM 1447H yang turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM yang sudi turun padang bersama-sama warga kampus.
Keindahan majlis kali ini pastinya terletak pada kesatuan warga USIM sendiri. Seawal pagi lagi, seramai kira-kira 120 orang sukarelawan yang terdiri daripada gabungan pelajar dan kakitangan telah bergandingan bahu menguruskan 5 ekor lembu korban. Daripada proses penyembelihan sehinggalah ke pembungkusan dan agihan, semuanya dilakukan dengan penuh ukhuwah dan keceriaan.
Berkat kerjasama semua, sebanyak 300 bungkus daging korban telah selamat diagihkan kepada masyarakat dan komuniti sekitar yang memerlukan. Melihat senyuman di wajah para penerima memberikan satu kepuasan yang mendalam.
Pihak Pusat Islam USIM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada para peserta korban, barisan sukarelawan, dan semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga setiap titisan keringat dan sumbangan kita dinilai sebagai amal soleh dan bukti ketakwaan yang diterima di sisi Allah SWT.
