Rezeki Melimpah, Tapi Ke Mana Berkatnya?
24 April 2026 – Suasana di Executive Lounge, KITM USIM berubah menjadi ruang muhasabah yang cukup bermakna. Pusat Islam USIM dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat USIM dan Bank Rakyat telah membawakan program Bicara Santai: “Rezeki Berbukit, Berkat Hanya Secubit?” yang mengupas sisi spiritual dalam pengurusan rezeki dan kewangan.
Menariknya, sesi perkongsian kali ini dibawakan khas gabungan dua orang penceramah hebat bersama seorang moderator dari pihak Bank Rakyat, mereka telah berjaya merungkaikan persoalan-persoalan kritikal mengenai bagaimana mengimbangi keperluan duniawi dan keberkatan ukhrawi dalam ekonomi moden hari ini.
Selain pengisian ilmu yang padat, para peserta turut diraikan dengan jamuan makan malam yang disediakan khusus buat 300 hadirin terawal tajaan Pusat Wakaf dan Zakat USIM dan Cabutan Bertuah Istimewa yang menambah keterujaan di penghujung majlis.
Terima kasih kepada semua warga USIM yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan program di sebalik kesibukan kuliah dan tugasan, semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat kita semua agar lebih teliti dalam mencari keberkatan ilmu dan rezeki.



