9 Mac – Selesai sudah Majlis Cinta Al-Quran & Penghargaan Ihya’ Ramadan sempena Nuzul Al-Quran yang dilaksanakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM pagi ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) USIM, sekali gus menyemarakkan lagi usaha memartabatkan budaya mencintai Al-Quran dalam kalangan warga kampus sepanjang Ramadan yang mulia.
Antara pengisian utama majlis termasuk:
✨ Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Dr. Mohd Shamsul Hakim
✨ Tadabbur Al-Quran Surah Al-Qadr yang disampaikan oleh Dr. Syed Mohamad Zainudin
✨ Penyampaian hadiah kepada para peserta Quran Circle serta pemenang Pertandingan Momento Ramadan
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran, di samping memperkukuh penghayatan Ramadan dalam kehidupan warga universiti.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong penganjuran majlis ini, tahniah buat para pemenang. Nanti tahun depan penganjuran, boleh sertai lagi. InshaAllah