Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan kunjung hormat dan penanda aras daripada delegasi Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Delegasi Pusat Islam UMK disambut oleh Pengarah Pusat Islam, Encik Razman bin Ibrahim dalam sesi lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KITM. Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian pengalaman serta amalan pengurusan universiti antara kedua-dua institusi.
Lawatan ini membuka ruang perbincangan secara dua hala serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara Pusat Islam USIM dan Pusat Islam UMK, khususnya dalam usaha meningkatkan dan mengimarahkan masjid. Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan dan pengalaman yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
