Alhamdulillah, selesai Program Kampus Barakah USIM hari ini
Terima kasih kepada kedua penceramah yang disegani iaitu Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Dr. Mohd Harifaidlah Rosidi, yang telah menyampaikan perkongsian penuh hikmah dan menyentuh jiwa.
Moga setiap peserta dan warga USIM membawa pulang ilmu yang bermanfaat dan keberkatan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan.
Tahniah juga pada penerima hadiah Kempen Potongan Gaji ke Akaun Sumbangan Amanah Pusat Islam. Semoga lebih ramai lagi yang berminat untuk membuat potongan gaji dengan kami.