Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji bagi musim haji 1446H/2025M telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna pada 20 April 2025 bertempat di Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani bersama barisan pengurusan universiti dan wakil-wakil daripada Lembaga Tabung Haji Negeri Sembilan.
Program anjuran Tabung Haji ini bertujuan memberi pendedahan awal serta persediaan rohani, mental dan fizikal kepada para bakal jemaah haji dari seluruh Negeri Sembilan. Suasana di Pusat Islam USIM begitu meriah dan penuh kesungguhan tatkala para jemaah mengikuti pelbagai pengisian dan latihan praktikal ibadah haji.
Para peserta lengkap berpakaian ihram sepanjang sesi praktikal bagi membiasakan diri sebelum berangkat ke Tanah Suci. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang dua hari kursus ini menjadi bekalan bermakna dalam menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna, insya-Allah.