Nilai, 8 April 2023 –  Malaysian Relif Agency (MRA) dengan kerjasam Pusat Islam USIM telah menganjurkan  Sambutan Nuzul Al-Quran 1444H. Penganjuran ini disifatkan sebagai program yang besar kerana pada awalnya telah mendapat perhatian daripada Menteri dijabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Selain itu, ia juga disifatkan sebagai program yang istimewa kerana pengisian program yang menarik iaitu Haflah dan tadabbur Al-Quran yang menampilkan  Qari ternama di Malaysia iaitu Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Amirahman Abbas dan Ustaz Khairi Maidin. Turut diserikan lagi kehadiran kumpulan Nasyid terkenal In-Team yang mengalunkan Qasidah selingan antara bacaan Al-Quran. Selain itu, terdapat juga penyampaian tazkirah khas Nuzul Al-Quran  yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil. Malaysian Relief Agency juga turut menaja makanan berbuka secara hidangan untuk 2000 jemaah yang hadir berbuka puasa di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.