Nilai, 28 Februari- Syurga Untukmu Wanita merupakan tajuk bagi program Jum’ah With Ladies pada kali ini. Program yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani ini berkonsepkan ‘usrah’ dan perbincangan yang dibawa lebih santai kepada para peserta.
Prof juga menekankan agar wanita-wanita di luar sana perlu sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan dan melihat kembali sejarah wanita-wanita hebat dahulu untuk dijadikan panduan.
Terima kasih kepada warga muslimat USIM yang hadir dan diharapkan ilmu yang disampaikan dapat diaplikasikan dalam kehidupan.