Nilai, 31 Januari – Buat pertama kalinya, Pusat Islam mengadakan satu program yang menghimpunkan bacaan Al-Quran daripada riwayat imam-imam tertentu. Ayat-ayat suci Al-Quran ini akan dialunkan oleh tenaga pakar dari USIM sendiri dan akan bermula 20 minit sebelum azan zohor. Program yang berlangsung pada hari Jumaat ini akan dijalankan secara berselang dengan program Jum’ah With Qari. Secara tidak langsung, para jemaah yang hadir akan lebih mengetahui serba sedikit mengenai Ilmu Qiraat .

Program ini bermula dengan bacaan yang telah dialunkan oleh Dr. Samer Najeh Abdullah Samarh, Pensyarah Dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah.