Nilai, 15 Januari- Pusat Islam USIM berbesar hati menerima kunjungan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Kunjungan ini telah diwakili oleh pihak MUIP sendiri dan pihak Pusat Islam yang terdiri daripada Pengarah Pusat Islam dan beberapa wakil daripada USIM.Pertemuan ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustaz Aizuddin, Pengarah Pusat Islam dan diteruskan dengan sesi pembentangan oleh kedua-dua belah pihak. Ustaz Aizuddin telah menyampaikan pembentangannya dengan menfokuskan kepada program-program pengimarahan KITM dan sedikit penerangan berkenaan sejarah penubuhan Kompleks Islam Tuanku Muhriz di USIM.

Sesi perbincangan ini tamat jam 1.00 tengahari seusai penyampaian cenderamata dari kedua-dua pihak dan jamuan tengahari.