Nilai, 13 Januari- Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir pada 14 Januari, Pusat Islam USIM telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 13 Januari yang lalu. Majlis ini merupakan satu inisiatif Pusat Islam bagi meraikan Hari Keputeraan Baginda yang ke-72.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam, sejurus para jemaah selesai menunaikan Solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam USIM, Ustaz Muhammad Fitri Abdul Razak. Seterusnya, disambung dengan Bacaan Yasin yang telah dialunkan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam USIM, Ustaz Muhammad Nur Fathi Mohamad dan Bacaan Doa Selamat yang telah diketuai oleh Ustaz Muhamad Ridauddin Amin, selaku Pembantu Hal Ehwal Islam USIM.

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Solat Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan telah dihadiri oleh warga USIM.