Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Aplikasi Madkhal dan Forum Perdana Israk Mikraj di Kompleks Islam Tuanku Muhriz dengan penuh jayanya. Banyak hikmah daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dikongsikan semula.
Majlis ini turut dihadiri oleh Mufti Terengganu, SS. Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri Haron; Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani; serta Timbalan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusof. Kehadiran ramai penceramah jemputan dan ustaz selebriti turut memeriahkan majlis ini.
Terima kasih kepada pihak Madkhal app atas tajaan dan usaha keras mereka dalam menjayakan majlis ini.