Nilai, 17 Mac 2022 : Pusat Islam USIM telah mengadakan majlis bacaan Yasin sempena kedatangan malam nisfu Syaaban. Sememangnya malam nisfu Syaban mempunyai banyak kelebihan di dalamnya. Satu hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. Kebiaasaanya malam Nisfu Syaaban akan dibaca surah yasin sebanyak kali dengan niat memanjangkan umur serta dapat beribadat, menambah rezeki, ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah.