Nilai, 29 April 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia kampus Nilai sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah dalam program Kursus Haji Perdana peringkat Negeri Sembilan tahun 2023. Walaupun masih dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri, kampus USIM masih tetap meriah dengan kehadiran bakal haji seramai 1000 orang. Kursus teori dan praktikal dilaksanakan di bangunan Kompleks Islam Tuanku Muhriz selama 2 hari 1 malam. Semua bakal Haji yang menyertai menginap di Kompleks Islam USIM. Majlis perasmian pula dilaksanakan di Dewan Tuanku Canselor USIM dengan kehadiran istimewa Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun. Turut dihadiri juga, Pengarah Tabung Haji Selatan dan Negeri Sembilan serta Naib Canselor USIM yang turut menyerikan lagi majlis perasmian Kursus Haji Perdana 2023.