Iftar mingguan adalah salah satu program yang amat dinanti-nantikan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Ia diadakan untuk meraikan dan menghargai para jemaah yang hadir. Setiap hari Khamis, sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa akan diagihkan secara percuma. Alhamdulillah, selama tujuh tahun sejak penubuhan Kompleks Islam Tuanku Muhriz, program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar dan kakitangan USIM.

Kami mengalu-alukan sumbangan makanan percuma untuk iftar mingguan ini, yang pasti akan membantu memperkasa lagi program ini. Sumbangan anda amat dihargai dan akan membawa manfaat besar kepada semua yang terlibat. Marilah kita berganding bahu menyokong inisiatif ini agar ia dapat diteruskan, memberi manfaat, dan membawa keberkatan kepada seluruh komuniti.