Nilai, 11 Mac – Telah berlangsungnya Program Pagi Barakah Dan Sihat yang dianjurkan oleh Pusat Sukan. Program yang bertempat di Pusat Sukan ini telah melibatkan  PTj-PTj dibawah HEPA antaranya Pusat Islam sendiri dan Pusat Kesihatan Universiti.

Program bermula dengan aktiviti Solat Sunat Dhuha dan zikir yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Encik Muhamad Fitri Abdul Razak. Seterusnya program disambung dengan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh salah seorang pegawai dari Pusat Kesihatan Universiti. Taklimat tersebut menerangkan berkenaan Wabak Coronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini dan menekankan tentang kepentingan penjagaan diri agar terhindar dari wabak tersebut.Seusai taklimat tersebut, program diteruskan dengan aktiviti senaman dan sukan Frisbee yang diketuai oleh pihak Pusat Sukan.

Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan disertakan sedikit jamuan pagi.