Nilai, 4 Mac- Jilsah Nisa’ merupakan program anjuran Pusat Islam yang dilaksanakan khusus untuk kaum wanita. Program yang dijalankan pada setiap hari Rabu ini mengandungi 3 slot utama iaitu Slot Fiqh Wanita, Slot Tafsir Madhu’i dan Slot Hadis Maudhu’i. Setiap slot ini akan disampaikan oleh pakar-pakar dari kakitangan akademik USIM sendiri mengikut kepakaran bidang masing-masing. Ia bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Kompleks Islam Tuanku Muhriz menjadi tempat program ini dijalankan.

Program bermula dengan slot Fiqh Wanita yang disampaikan oleh Dr. Fithriah Wardi dari pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Tajuk Konsep Solat dan Persoalannya menjadi topik perbahasan kali ini berpandukan Kitab Fiqh Manhaji. Pengajaran yang disampaikan rata-rata dapat difahami oleh para jemaah yang hadir. Selain itu, sesi pertanyaan juga turut dilaksanakan bagi menjelaskan segala kekeliruan berkenaan dengan topik ini.