Nilai, 3 Mac – Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan satu klinik bahasa untuk muslimat dalam mendalami bahasa Al-Quran. Klinik ini merupakan kesinambungan daripada klinik bahasa Al-Quran sebelum ini yang telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) yang mendapat sambutan dari masyarakat awam dan warga USIM sendiri yang terdiri daripada kalangan pelajar.

Klinik ini diadakan pada setiap hari Selasa setiap minggu di Bilik Seminar Hal Ehwal Pelajar USIM bermula pada pukul 3 petang hingga 4.30 petang. Klinik ini telah diajar oleh pakar bahasa Arab Kolej Genius Insan iaitu Dr. Tengku Ainul Farha Binti Tengku Abdul Rahman dengan jayanya. Hal ini demikian, klinik yang disampaikan oleh beliau mampu menarik minat peserta bukan sahaja daripada warga USIM malah daripada luar kerana bilangan peserta juga amat memberangsangkan pada setiap minggu.

Diharapkan agar klinik ini mampu memupuk semangat para peserta seterusnya objektif Pusat Islam USIM tercapai iaitu b    erperanan sebagai pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu.