7 Disember 2025, Dewan Perdana MITI Kuala Lumpur – Pusat Islam USIM diberi peluang menyertai World Quran Convention 2025 yang menghimpunkan pemimpin islam dan komuniti dari seluruh dunia bagi menegaskan semula peranan al-Quran sebagai sumber panduan hidup yang berterusan dalam memacu transformasi masyarakat.
Konvensyen ini menjadikan Surah Al-Saff sebagai kerangka utama perbincangan pada penganjuran kali ini kerana kandungannya yang sarat dengan prinsip keselarasan antara kata dan perbuatan.
Terima kasih Seketeriat Pusat Islam (SPI), Rakan Siswa Yadim (RSY) dan Seketeriat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) bersama pengiring Timbalan Pengarah Pusat Islam, Dr Kauthar Abd Kadir yang bersama-sama hadir menambah ilmu.