Nilai, 25 Feb 2022 : Tazkirah Sains Kali ini menampilkan 2 orang panel yang pakar dalam bidang Haiwan iaitu Dr. Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. Ketua Program,Fakulti Syariah dan Undang-Undang & Prof Madya Dr. Arif Fahmi Md Yusof. Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang  Topik yang dikupas pada siri tersebut ialah tanggungjawab untuk menjaga kebajikan haiwan. Semangnya sekarang sudah kurang keprihatinan manusia terhadap haiwan sehingga ada yang ditinggalkan sahaja di tepi jalan tanpa ada makanan yang diberikan. Sewajarnya tazkirah kali ini dilakukan untuk memberi kesedaran pada masyarakat.