NILAI, 4 Jun 2022 – Satu kebaikan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz tatkala didatangi oleh seorang Ulama  iaitu Syeikh Dr Khalil Yusri. Kedatangan Syeikh dicatatkan  program Syarahan Tokoh@KITM. Program ini merupakan program yang baru diperkenalkan oleh Pusat Islam USIM bagi memperkenalkan susuk tubuh Tokoh dalam masa yang sama memberi peluang kepada warga USIM untuk mendapat mutiara kata daripada tokoh agama Islam yang berjaya. Pengisian yang ditekankan dalam syarahan ini ialah pentingnya tarbiyah dalam mencapai kejayaan.