WANITA REBUTAN PARA SAHABAT
? Merupakan menantu Saidina Abu Bakr RA, isteri kepada Abdullah bin Abu Bakr
? Seorang yang cantik, cergas serta pandai melayani suaminya sehinggakan si suami hanya fokus pada Atikah dan meninggalkan segala urusan perdagangannya serta urusan lain.
? Buktinya satu peristiwa telah berlaku dimana, mentuanya saidina Abu Bakr minta Abdullah untuk menceraikan Atikah kerana Abdullah tidak kelihatan pada solat jumaat itu.
? Selepas penceraian itu, Abdullah berubah menjadi kurus dek kerana terlalu merindui isterinya maka Saidina Abu Bakr menyuruh untuk kembali rujuk kepada Atikah.
? Abdullah memberi sebidang kebun kepada Atikah dengan syarat beliau tidak boleh mengahwini orang lain selain Abdullah, inilah ikatan Atikah sehingga ke hari seterusnya.
? Selepas kematian Abdullah, Atikah setia memegang janjinya bersama Abdullah supaya tidak mengahwini orang lain, sehingga fatwa dikeluarkan barulah Atikah menerima lamaran Saidina Umar.
? Tidak lama itu, Amirul Mukminin juga meninggal dibunuh. Selepas itu, Atikah menerima lamaran Zubair Al Awwam dan beberapa ketika juga sahabat nabi ini syahid ketika solat.
? Habis iddahnya, beliau dilamar Saidina Ali tetapi beliau menolaknya kerana khuatir Saidina Ali juga bakal pergi meninggalkan dunia.
? Selepas itu, Saidina Ali menyeru dan menyatakan kepada sesiapa yang inginkan syahid kahwinilah Atikah.
? Akhirnya, Hussain cucu Rasulullah, menjadi suami terakhir Atikah.
“SISWI PROFESIONAL ISLAMI”
EXCO HAL EHWAL SISWI
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2017/2018
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA