Nilai, 6 Januari-Sebentar tadi telah berlangsung program Silaturrahmi Pusat Islam bersama Pusat Sukan USIM. Program ini merupakan anjuran Pusat Islam yang mengetengahkan konsep Tazkiyah al-Nafs disamping mengeratkan hubungan kakitangan antara jabatan.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aizuddin, selaku Pengarah Pusat Islam berkenaan kepentingan menjaga ruh berbanding jasad dan hubungannya dalam pekerjaan.

Terima kasih Pusat Sukan USIM dan diharapkan ukhuwah yang terjalin serta ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan.