“Untuk berjaya, kita tidak boleh bergerak bersendirian. Perlu bekerja dalam pasukan”.
Demikian antara pesanan penting yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM dalam sesi pertemuan bersama staf Pusat Islam pagi ini.
Nasihat dan cadangan yang diberikan sangat bermakna untuk Pusat Islam bergerak lebih maju selaras dengan agenda universiti.


