Nilai, 28 Februari- Berikutan dengan isu Pelan Damai Israel-Palestin, Majlis Perwakilan Pelajar USIM telah mengadakan satu seruan kepada warga USIM untuk mengadakan Solat Hajat serta bacaan Qunut Nazilah yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.

Solat Hajat yang  diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Encik Muhamad Fitri Abdul Razak, telah diadakan seusai Solat Jumaat. Di samping itu, bacaan Qunut Nazilah juga turut disertakan dalam Solat Hajat tersebut.

Semoga Allah membantu saudara-saudara muslim kita di Palestin.