12 September 2025 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Perhimpunan Warga USIM bersama Naib Canselor & Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M bertempat di Dataran Canselori & Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.
Majlis bermula seawal pagi dengan himpunan seluruh warga kampus yang diserikan oleh kehadiran YBhg. Profesor Naib Canselor USIM, seterusnya diteruskan dengan ucapan pengisian bermakna.
Seterusnya program diteruskan dengan Perarakan Maulidur Rasul bagi menghayati sunnah dengan penuh syukur dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tiba di Pusat Islam program diteruskan dengan Forum Khas Maulidur Rasul serta pelancaran Tabung Endowmen USIM-Bank Rakyat.
Suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah ini jelas terpancar di wajah semua yang hadir, menzahirkan rasa syukur atas peluang untuk bersama-sama memperingati hari kelahiran insan agung, pembawa rahmat untuk seluruh alam.
Semoga program seperti ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuhkan ukhuwah, menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menjadikan Baginda sebagai contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan.
