Nilai, 21 Januari- Buat julung-julung kalinya, Pusat Islam USIM telah menganjurkan satu program kerohanian yang berkonsep santai 15 minit buat para pengunjung Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM). Program ini mensyarahkan Kitab Ihya ‘Ulumiddin yang menfokuskan kepada Rubu’ Munjiyyat (perbuatan yang menyelamatkan) dan Rubu’ Muhlikat ( perbuatan yang membinasakan).

Apa yang menarik berkenaan program ini ialah konsep santai yang ditekankan oleh Pusat Islam telah menjadi tumpuan kepada para tetamu yang hadir. Dengan hanya mengambil masa 15 minit sahaja, secara tidak langsung para tetamu dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan kitab yang dikarang oleh Imam al-Ghazaliy ini. Program ini juga disampaikan oleh para pensyarah USIM sendiri mengikut giliran-giliran yang telah ditentukan.

Program bermula pada 2 Januari yang lalu dan dijalankan pada setiap hari Rabu dan Khamis selepas Solat Asar. Hadirin dan hadirat dijemput hadir.