16 Disember 2022, Nilai – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dengan kerjasama Pusat Islam USIM dan Fakulti Kepimpinan Pengurusan USIM mengadakan sebuah program ilmiah pengukuhan akidah. Bertepatan dengan peranan JHEAINS di Negeri Sembilan yang lantang mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, program ini merupakan salah satu bentuk pengukuhan lagi akidah kepada guru-guru takmir di Negeri Sembilan serta Staf dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini dihadiri lebih kurang 300 lebih peserta dan turut dimeriahkan lagu dengan pameran dan jualan oleh Nasyrul Quran, Yayasan Taqwa, Jejak Tarbiah, Hamare Group dan Kementerian Dalam Negeri.