Alhamdulillah, Program Siswa Bersama Mufti: Tashih Qira’at al-Turath (Akbar) anjuran Pusat Khazanah Ilmu Turath (U-KIT), USIM dengan kerjasama Pusat Islam USIM dan USIM Pace telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Sahibussamahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan atas kesudian berkongsi ilmu dan memberikan bimbingan kepada para peserta.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh memberi keberkatan dan manfaat berpanjangan.

