Bersempena musim peperiksaan akhir semester yang bakal tiba, pihak Pusat Islam telah mengambil inisiatif melaksanakan sebuah program dinamakan “Moh Doreh Study KITM” khusus untuk para pelajar. Program yang berlangsung daripada 6 Julai hingga 2 Ogos 2024 ini menyediakan ruang bagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.

Untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih fokus dan selesa, Pusat Islam turut menyediakan kudapan ringan sepanjang sesi ulangkaji. Dalam tempoh ini, para pelajar juga diingatkan untuk menjaga barangan peribadi mereka dan memastikan kebersihan tempat yang digunakan agar semua orang dapat menikmati suasana yang bersih dan teratur. Lebih istimewa, solat hajat akan diadakan setiap malam selepas solat Maghrib, memohon keberkatan dan kejayaan untuk para pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Dengan harapan program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar dan meningkatkan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan. Semoga setiap mereka diberi ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran ini, serta meraih hasil yang setimpal dengan usaha mereka.