Alhamdulillah Ala Kulli Hal, Tahniah Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM) atas penganjuran Program Mission For Ummah Pusat Jagaan Nur Hassanah, Beranang.
Banyak kisah-kisah suka duka yang dikongsi oleh ayah-ayah penghuni di rumah ini. Untuk pengetahuan, Pusat Jagaan Nur Hasanah dihuni oleh setiap insan yang pernah terpinggir iaitu warga emas, saudara baru, orang kurang upaya diberi peluang kedua untuk rasa dihargai dan dijaga.
Lokasinya yang terletak di Beranang, Selangor, pusat ini menampung lebih 20 penghuni yang tiada waris atau tempat bergantung selepas keluar hospital.
Kami warga staf Pusat Islam diberi peluang untuk melihat sendiri suasana dan pengurusan tempat ini. Semoga Allah memelihara para penghuni.

