Nilai, 17 Febuari 2023 – Selama 11 hari Kompleks Islam Tuanku Muhriz dimeriahkan dengan kedatangan pelajar yang berkampung di sini bagi menyahut program Moh Doreh Study Sini anjuran Pusat Islam USIM. Program ini dilaksanakan sempena musim peperiksaan semester akhir bagi memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengulangkaji subjek mata pelajaran sekaligus dapat beribadah dengan tenang. Pusat Islam USIM bukan sahaja menyediakan tempat belajar yang selesa, malah turut membekalkan makanan ringan dan kudapan untuk pelajar yang datang belajar di sini. Selain itu, solat hajat khas sempena peperiksaan turut diadakan setiap hari pada selepas maghrib. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan perkhidmatan yang lebih baik.