Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran Program Ibadah Korban anjuran Pusat Islam USIM. Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan warga kampus serta sokongan rakan strategik kami, Bank RHB. Daging yang telah dilapah diagihkan kepada warga USIM dan komuniti setempat.
Ibadah korban mengajar kita makna sebenar pengorbanan, keikhlasan, dan kepedulian sosial — serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga universiti. Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal soleh, dan semangat korban ini terus menyuburkan ketakwaan serta keinsafan dalam diri kita semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, para sukarelawan, penyumbang serta semua pihak yang telah memainkan peranan menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh Allah SWT.




