Pada 25 April 2025, telah berlangsung Majlis Hi-Tea bagi meraikan para jemaah haji Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi musim haji 1446H/2025M. Majlis penuh barakah ini disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, sejurus selepas solat Jumaat.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan kepada para jemaah yang terpilih sebagai tetamu Allah dan turut menyampaikan sumbangan tanda ingatan dan doa daripada warga universiti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) USIM atas tajaan jamuan serta sokongan padu dalam menjayakan majlis ini.


