Nilai, 3 Februari- Pada Oktober 2019 yang lalu, satu kunjungan dari Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS (PITAS) telah tiba ke KITM USIM. Berikutan daripada itu, Pusat Islam USIM telah mengadakan lawatan balas ke PITAS bagi mempererat hubungan yang telah terjalin antara PITAS dan KITM.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman pentadbiran dan operasi dari pihak PITAS sendiri. Antara pengisian dalam pertemuan ini adalah perbincangan mengenai hala tuju jabatan masing-masing di samping melawat kawasan-kawasan sekitar PITAS.
Rombongan ini melibatkan Pengurusan Tertinggi Pusat Islam iaitu Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz ( Pengarah Pusat Islam), Dr. Norzulaili Mohd Ghazali ( Timbalan Pengarah Pusat Islam), Encik Hafez Fikri Adimat ( Penolong Pendaftar Kanan) dan Encik Muhamad Fitri Abdul Razak ( Pegawai Hal Ehwal Islam ).