Alhamdulillah, Kursus Strategi Pendanaan Awam (Crowdfunding) Siri 1 & 2 anjuran Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis, 23 Oktober 2025 dan 13 November 2025 bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM).
Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM. Sepanjang dua siri kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai strategi pendanaan awam (crowdfunding) yang berkesan, profesional dan beretika bagi menyokong pelaksanaan program Islamik serta aktiviti kebajikan.
Selain aspek pendanaan, kursus ini turut menekankan kepentingan elemen pemasaran sebagai faktor utama kejayaan sesuatu kempen crowdfunding. Kursus ini telah disertai oleh staf Pusat Islam USIM dan Ahli Jawatankuasa Kecil Kompleks Islam Tuanku Muhriz (JKKITM). Diharapkan segala ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha memperkukuh peranan institusi Islam melalui pendekatan pembiayaan alternatif yang mampan.
Siri 1

Siri 2
