Nilai, 13 Januari- Pusat Islam USIM telah menerima kunjungan daripada Persatuan Anak Yatim Johor di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM). Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi membincangkan hasrat persatuan berkenaan untuk menjalankan program yang berbentuk pendidikan kepada anak-anak yatim Johor pada  Julai akan datang.
Perbincangan ini diwakili oleh badan tertinggi Persatuan Anak Yatim Johor dan badan pengurusan Pusat Islam sendiri. Turut hadir wakil-wakil daripada setiap sekretariat yang bernaung di bawah Pusat Islam. Pertemuan tersebut bukan sahaja mencapai kata-kata sepakat malah, turut menjalin kerjasama antara Pusat Islam USIM dan Persatuan Anak Yatim Johor.