Nilai, 20 Februari – Pusat Islam USIM telah mengadakan kuliah bulanan yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Program ini buat julung-julung kalinya menjemput Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki bagi menyampaikan kuliahnya yang bertajuk Kembali Kepada Al-Quran Dan Sunnah.

Program ini bermula seusai Solat Fardhu Maghrib dan tamat pada 10.30 Malam. Kira-kira 1000 jemaah yang hadir bagi mendengar ceramah ini. Turut hadir para Jawatankuasa Kompleks Islam Tuanku Muhriz, mahasiswa dan mahasiswi USIM serta masyarakat sekitar Nilai.

Pihak Pusat Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ajk yang terlibat bagi menjayakan program ini.