Nilai, 26 Februari- Baru-baru ini Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Masjid Peringkat IPT yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah menyaksikan semua universiti-universiti awam mahupun swasta bersama-sama dalam memperkasakan Pengurusan Hal Ehwal Masjid di institusi masing-masing.

Dari USIM, seramai 3 orang yang terlibat dalam konvensyen ini iaitu Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, selaku Pengarah Pusat Islam. Turut hadir Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam iaitu Encik Muhamad Fitri Abdul Razak dan Encik Muhamad Ridauddin Amin Muhamad Nordin.

Diharapkan melalui konvensyen ini, Pengurusan Hal Ehwal Masjid di USIM akan bertambah maju seiring dengan dengan objektifnya yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu.