Nilai, 3 Januari – Bersempena dengan Kempen Penekanan Ketepatan Masa, Pusat Islam USIM telah mengambil inisiatif ini untuk menyatakan sokongannya semasa Khutbah Jumaat. Kempen yang dijalankan bersempena dengan 100 hari Perkhidmatan Naib Canselor USIM ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab di kalangan staf USIM perihal kepentingan masa dalam kehidupan.

Khutbah yang disampaikan oleh Encik Muhammad Nur Fathi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam telah menyatakan berkenaan keberkatan menjaga masa bukan sahaja dalam kalangan warga kerja USIM tapi turut ditujukan kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi USIM. Kempen ini telah disambut baik oleh pihak Pusat Islam dan Pusat-Pusat Tanggungjawab yang lain ekoran manfaatnya dapat dipupuk dalam kalangan warga USIM.