Permusuhan antara iblis dan manusia itu sudah berlaku seawal kejadian abu al-Bashar Adam AS. Permusuhan yang berpunca daripada sifat TAKABBUR itu merupakan titik mula kejatuhan iblis. Walaupun ia dikata punyai kemuliaan yang tinggi sebelumnya. Namun, sifat takabbur dan anāniyyah (keakuan) itu telah merobohkan empayar keagungannya.”Iblis berkata: aku lebih baik daripadanya.” (Surah Sād: 76) Merasakan aku adalah segala-galanya, padahal orang lain di bawah keupayaan merupakan faktor kebinasaan.
Sebaliknya, kejayaan, keselamatan dan kemulian adalah berintikan KEIKHLASAN. Itulah pagar yang memagari tipu daya dan kejahatan syaitan. Tatkala iblis bersumpah mati terus merosakkan anak cucu Adam AS,
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ (82) إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ 83
“Iblis berkata: Demi keagunganMu, nescaya akanku sesatkan mereka sekaliannya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas.” (Surah Sād:82-83)
Keikhlasan itu pagar daripada sang perosak dan bekalan harum bertemu Tuhan.
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا
“Maka, barang siapa yang ingin bertemu Tuhannya (inginkan ganjaran pahala daripadaNya, maka, hendaklah ia beramal (ikhlas kepadaNya di dalam pengabdian) akan amalan yang baik, dan janganlah dia mensyirikkan dengan ibadah bagi Tuhannya itu dengan sesuatu.”(al-Kahfi:110)
Disediakan oleh :
BAHAGIAN PENGIMARAHAN MASJID
PUSAT ISLAM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
06-7980256