WhatsApp Image 2018-02-09 at 10.29.33 AM

PROF. MADYA. DR.
KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Pengarah Kompleks Islam Tuanku Muhriz

 

Alhamduillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kudrat dan iradatNya, dapat juga dibina laman sesawang Pusat Islam USIM. Laman sesawang Pusat Islam USIM ini mengandungi pelbagai informasi yang berbentuk ilmiah dan program-program yang bakal dianjurkan oleh Islam untuk dimanfaatkan oleh warga USIM.

Sebenarnya laman sesawang Pusat Islam ini merupakan platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara Pusat Islam dengan warga USIM dan msyarakat seluruhnya. Harapan saya dengan wujudnya laman sesawang ini, dakwah akan dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung ataupun berbentuk maya.

Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan USIM yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam pelbagai bentuk kepada Pusat Islam. Selain itu juga ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga Pusat Islam yang telah bertungkus-lumus demi mewujudkan laman sesawang rasmi ini. Dengan terbinanya laman sesawang Pusat Islam ini, secara tidak langsung akan mengangkat martabat Pusat Islam pada pandangan umum.

Sekian. Wassalam.