Nilai, 31 Januari- Wanita mempunyai peranan yang besar dan penting bukan sahaja dalam institusi kekeluargaan tapi turut merangkumi dalam alam pekerjaan. Oleh yang demikian, Pusat Islam telah mengambil inisiatif ini untuk mengadakan satu program khusus untuk kaum hawa yang sedang berkhidmat di USIM dalam telah diputuskan untuk dijalankan ketika Solat Jumaat berlangsung. Program ini menekankan konsep kewanitaan yang merangkumi tema-tema tertentu seperti keilmuan, kekeluargaan, undang-undang, kewangan, kesihatan dan kemasyarakatan. Ia dijalankan secara berkala pada setiap Jumaat, bertempat di Galeri Canselori sebanyak 2 kali sebulan. Program yang dijalankan selama 45 minit ini secara tidak langsung dapat mengisi masa terluang yang ada di samping memberi ilmu tambahan kepada para kakitangan wanita USIM.
Program ini telah bermula pada 31 Januari dengan tajuk Wanita Dan Budaya Ilmu yang disampaikan oleh Dr. Nur Saadah Hamisan @ Khair, pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah.