Nilai, 14 Februari- Program Jum’ah With Ladies diteruskan buat kali yang kedua dengan penyampaian yang lebih menjurus kepada peranan ibu dalam institusi kekeluargaan. Penyampaian yang disampaikan oleh Dr. Nurul Asiah Fasehah, pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini telah memberi makna yang cukup besar kepada para peserta yang terlibat  berikutan rata-rata yang menyertai program ini merupakan seorang ibu.

Dr. Nurul Asiah Fasehah juga ada menyentuh aspek pendidikan anak-anak yang perlu diambil berat oleh para ibu agar dapat melahirkan generasi yang beradab seterusnya menjadi insan yang berilmu. Program dijalankan di Bilik Mesyuarat Canselori dan tamat tepat jam 1 Tengahari.